Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

[Food] My No No List

Ahad lepas saya ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya menghantar ibu dan bapa saudara yang mahu menunaikan ibadat haji. oh, ayat seperti karangan budak sekolah rendah. Seperti biasa, ape yang wajib ada setiap kali ada event besar adalah kewujudan bazar-bazar. Ada banyak gerai wohh :D

Gerai pertama yang menarik perhatian: Gerai crocs. Jual crocs murah [saya tau itu imitation grade A]. Malangnya design kasut yg diidam-idamkan tiada [untungnya saya dapat menjimatkan wang *saya pengguna bijak*]

Gerai kedua: Lil' Orbits Mini Donut. Gerai menjual donut2 kecil yang sangat comel. rasanya pon sedap. Topping boleh pilih ikut citarasa sendiri. Untuk saya yang menjaga kesihatan memilih gula coklat dalam kuantiti yg sedikit *grin*. Yang penting dia ada machine buat donut wohhh [rase macam jakun] memang tak secanggih machine coklat dalam filem willy wonka and the chocolate factory tetapi sudah cukup untuk membuat saya kagum.

Gerai ketiga: tak ingat nama tapi macam menjual produk kesihatan. teruja untuk mengetahui status kesihatan diri, menyerah diri untuk dibuat pemeriksaan kesihatan dengan bayaran RM10.

Proses: letak sejenis clear gel di jari manis antara kuku dan kulit, kemudian letak jari di bawah alat seperti microscope. Imej akan terpampar di skrin komputer [sekarang ada alat canggih seperti ini dan saya masih lagi jakun]. Boleh tengok salur darah di bahagian otak, paru-paru dan macam2 lagi.

Keputusan: Banyak salur darah bersilang *what?* maksudnye kolestrol agak tinggi, jadi salur darah kurang cantik. juga terdapar sedikit uric acid dan toxin dalam badan *oh teros rasa diri ini tidak sihat*

Kesimpulan: Sila jaga pemakanan. Ok, sebenarnye disuruh membeli produk kesihatan mereka iaitu kapsul2 yang mencecah ratusan ringgit [ye papa, saya tau sekarang dah tiada ubat 2 ringgit sebotol]. Baiklah, saya rela menjaga pemakanan saya.

Oleh itu, senarai pemakanan yang perlu dijauhi adalah seperti berikut:
1. fast food - mekdi, kfc, a&W, carls jr, wendy's
2. Seafood
3. Kuah lemak
4. Makanan bergoreng
5. Kopi, nescafe, carbonated drinks
6.*
7.*
8.*

Dan yang perlu didekati:
1. plain water - 8 gelas sehari masih tidak mencukupi
2. sayur-sayuran - baiklah, akan mencuba menambah list sayur yg biasa dimakan selain carrot, broccoli, cauliflower, perlukan masa *sigh*
3. buah-buahan
4. oat - yg dalam biskut ok x?
5.*
6.*

*isi tempat kosong

oh yea, untuk mengeluarkan toxin dalam badan perlu beli kinohimitsu di guardian. kenapa harga kamu sangat mahal? *sigh lagi*

***Adakah anda sihat?

[LIFE] Majlis Berbuka Puasa

Sekejap je bulan Ramadhan dah nak abes :( tp itu bermakna dah nak raye :) nanti boleh makan lemang,ketupat,rendang dan kuih2 raya yang dalam setahun sebulan makan :D

Ramadhan kali ni boleh kata banyak gila jemputan berbuka puasa. jemputan yang FREE..diulang, FREE, yakni boleh makan banyak2 sangat sampai-ketat-perut tanpa mengeluarkan 1 sen pon. oh, tapi kena bayar duit minyak kalau drive sendiri pegi tempat tersebut.

Minggu lepas:

Mil: ko nak gi penang tak esok?

Niza: ada apa kat penang?

Mil: Bukak puasa ngan Digi, se
kali ngan OCK.

Niza: NAKKKKKK!~

ehehe, ni adalah contoh jemputan berbuka puasa bersama telco operator dan kontraktor2 nya. last week aku gi penang semata-ma
ta nak berbuka puasa. ok, ni 1st time pegi travel sebab nak bukak puasa je. ni sumer PR untuk bisnes, kena jaga hati wooo ^_^



My Iftar Lists:

Melaka Street Restaurant - done-
Eastin Hotel - tak pegi, clash dengan The Apartment-
The Apartment - baya sendiri sebab Kamal's bday
Putarajaya Seafood - baya sendiri jugak sebab reunion bijak6ers
Selangor Club - done-
Sunway Convention Center Seberang Jaya - done-
Restoran ikan bakat kat Lumut - done-
Armada Hotel - x pegi sebab da janji nak bukak puasa umah kamal-
Restoran Nelayan, Titiwangsa - esok, yeay!~


yang ni masak beramai-ramai sebab nk makan dengan adik beradik n kazens

tapi yang paling best adalah berbuka bersama-sama keluarga tercinta :)

mami n dedi, nantikan kepulangan anakmu ini sehari sebelom raya yeh

**tahun ni sedih sebab belom dapat lagi bukak puasa dengan bubur lambuk :(

Iftar bijak6ers

Makan time is back!

Last 7th September ada majlis berbuka puasa dengan ex-classmates darjah 6..DARJAH ok..masa tu pkai kain biru
pekat and seluar biru pekat lagik. 6 Bijak Sekolah kebangsaan Bukit sekilau, kuantan, tahun 1996.

Lokasi: Putrajaya Seafood.

Seperti biasa lepas makan2 ada sesi
terjah-menerjah. biasanya akan dipengerusikan oleh farid (abang ketak) dan nina (michelle).

Sesi terjah: soalan2 maut akan diajukan. cth: bila nak kawen? siapa scandal terbaru? well, basically just to update ourselves.

dan seperti biasa acara tangkap-gamba-untuk-diabadikan-di-facebook


lepas makan, menggediks!

harap2 tahun depan makan kat tempat yg lagi best.tahun lepas kat kenny rogers je, thn ni upgrade sket, next year hopefuli better :D

**bijak6ers ROXX

[MAKAN] Hot & Roll in Melaka

If u are a big fan of roti prata, u MUST try this out!
High protein meat sausages wrapped on wholemeal chappati


mase pergi wedding sina [previous entry] kitorang jalan-jalan cari makan kat Dataran Pahlawan, da terjumpa la 1 cute stall name Hot & Roll neh.. looking at the promotion, i said to kamal "we should try this".

dah try the sausage promotion, we tried the other capati wrap. ada byk filling macam beef bolognese, chicken bbq/black pepper n mcm2 la, cant remember. oh yea ada jugak sweet filling yg sweet mcm banana, choclate (they use hersheys syrup ok!), strawberry, etc.

the price? quite cheap!
the taste? i can say: sedap-sehingga-menjilat jari



The promotions


Check out their outlets at:

Sunway Pyramid

The Curve Mutiara Damansara

Summit USJ

Dataran Pahlawan Melaka Megamall

TESCO Puchong

Suria KLCC - Coldstorage

Ampang Point Shopping Centre

Maju Junction Food Court

Sunway University College

IOI Mall Puchong

KL Sentral Station

SOGO KL - LG Food Hall