[Food] My No No List

Ahad lepas saya ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya menghantar ibu dan bapa saudara yang mahu menunaikan ibadat haji. oh, ayat seperti karangan budak sekolah rendah. Seperti biasa, ape yang wajib ada setiap kali ada event besar adalah kewujudan bazar-bazar. Ada banyak gerai wohh :D

Gerai pertama yang menarik perhatian: Gerai crocs. Jual crocs murah [saya tau itu imitation grade A]. Malangnya design kasut yg diidam-idamkan tiada [untungnya saya dapat menjimatkan wang *saya pengguna bijak*]

Gerai kedua: Lil' Orbits Mini Donut. Gerai menjual donut2 kecil yang sangat comel. rasanya pon sedap. Topping boleh pilih ikut citarasa sendiri. Untuk saya yang menjaga kesihatan memilih gula coklat dalam kuantiti yg sedikit *grin*. Yang penting dia ada machine buat donut wohhh [rase macam jakun] memang tak secanggih machine coklat dalam filem willy wonka and the chocolate factory tetapi sudah cukup untuk membuat saya kagum.

Gerai ketiga: tak ingat nama tapi macam menjual produk kesihatan. teruja untuk mengetahui status kesihatan diri, menyerah diri untuk dibuat pemeriksaan kesihatan dengan bayaran RM10.

Proses: letak sejenis clear gel di jari manis antara kuku dan kulit, kemudian letak jari di bawah alat seperti microscope. Imej akan terpampar di skrin komputer [sekarang ada alat canggih seperti ini dan saya masih lagi jakun]. Boleh tengok salur darah di bahagian otak, paru-paru dan macam2 lagi.

Keputusan: Banyak salur darah bersilang *what?* maksudnye kolestrol agak tinggi, jadi salur darah kurang cantik. juga terdapar sedikit uric acid dan toxin dalam badan *oh teros rasa diri ini tidak sihat*

Kesimpulan: Sila jaga pemakanan. Ok, sebenarnye disuruh membeli produk kesihatan mereka iaitu kapsul2 yang mencecah ratusan ringgit [ye papa, saya tau sekarang dah tiada ubat 2 ringgit sebotol]. Baiklah, saya rela menjaga pemakanan saya.

Oleh itu, senarai pemakanan yang perlu dijauhi adalah seperti berikut:
1. fast food - mekdi, kfc, a&W, carls jr, wendy's
2. Seafood
3. Kuah lemak
4. Makanan bergoreng
5. Kopi, nescafe, carbonated drinks
6.*
7.*
8.*

Dan yang perlu didekati:
1. plain water - 8 gelas sehari masih tidak mencukupi
2. sayur-sayuran - baiklah, akan mencuba menambah list sayur yg biasa dimakan selain carrot, broccoli, cauliflower, perlukan masa *sigh*
3. buah-buahan
4. oat - yg dalam biskut ok x?
5.*
6.*

*isi tempat kosong

oh yea, untuk mengeluarkan toxin dalam badan perlu beli kinohimitsu di guardian. kenapa harga kamu sangat mahal? *sigh lagi*

***Adakah anda sihat?

0 comments:

Post a Comment